❤Little Nunna❤

Anyeong! Aqish here!


Hello guys! moshi moshi ^^ I hope You will enjoy with my blog! There're many tips, information, and also my story. Don't forget to comment and give your respond about my blog.

Diary Owner Entry Review

My Shortest Diary!!!!

Disebabkan SEM1 ni aku main2 , jawab ikut logik akal je so aku akan pegang kata2 aku ni aku akan belajar betul2 mulai sekarang!!
-21 Jan 2016-

Shout Here ◕‿◕


My Wishlist ❤

Iphone
Holiday in Korea
Got pointer 3.5 and above
Cute Blog
MR RIGHT :3
Pinky Bedroom
Kaya

Follow Me!! ❤




❤❤❤

Lasagna Daging (serious sedap!!)


Assalammualaikum ^_^
(waalaikummussalam)
Anyeong!
Hye! Hari ni Aqis nak sharekan satu resepi ni. Lasagna Daging!! serious sedap Aqis dh cuba buat dah .. huhu memang tak sia-sia lah buat sendiri. Memang puas sangat dapat buat sendiri lagi2 kalau benda tu sedap dan menjadi. Actually Aqis pada mulanya tak tahu apa bendalah lasagna ni. Aqis buat lasagna ni pun disebabkan kak ngah Aqis mintak Aqis buatkan. So sebelum Aqis buat lasagna ni Aqis memang tak pernah makan dan tengok cmner rupa lasagna ni. Kesimpulannya , lasagna yang Aqis makan untuk kali pertama adalah lasagna hasil tangan Aqis sendiri. ^^
Korang yang selalu beli lasagna mesti tahu kan berapa selalunya harga standard lasagna , right? MAHALkan? yup lagi2 yang kat pizza hut punya -_-... and for your information modal untuk buat lasagna ni memang mahal. :3 lebih kurang dalam RM70 lebihlah. Tapi itu yang Aqis punyalah tak tahulah korang punya sebab Aqis memang banyak bahan yang Aqis kena beli. For me RM70 tu mahallah sebab Aqis masih tak bekerja lagi masih budak hingusan lagi. (Form5 actually) Hah nak tahu mana Aqis dapat duit untuk beli bahan2 lasagna ni?! hehey Aqis guna duit BR1M xD Aqis tak guna langsung duit parents Aqis sebab kalau nak gunalah duit parents Aqis hmmm mmg samai bila2lah Aqis tak buat lasagna ni ... Duit BR1M memang Aqis yg pegang Aqis tk kasi parents Aqis pegang :p wekkk hahaha oklah tanpa berlengah lagi.....

Bahan - bahannya :
Kulit lasagna (Aqis beli jenama SAN REMO)
Oregano

Bahan - bahan inti daging:
Sos Prego (tomato)
Daging cincang (450 gm)
Bawang besar (potong dadu)
garam (secukup rasa)
cendawan butang (Aqis tak letak cendawan)
Blackpepper
carrot (dipotong dadu)

Bahan - bahan White Sauce / Cheese Sauce :
Butter / Marjerin
Tepung (3 sudu)
Susu full cream (500ml)
garam
Mozarella cheese (sejemput)
cheddar cheese (7 keping)
pepper / ajinomoto
  • Cara - cara buat inti daging :
1. kita buat inti daging dulu yeeeekkk... Firstly tuangkan sedikit minyak ke atas kuali / pan agak2lah ikut pada kuantiti inti daging yang korang nak buat. Pastu bawang , carrot dan masaklah sehingga dia lembut.
2. Masukkan daging cincang masaklah sehingga nampak warna dia dah berubah jadi warna coklat.
3. Masukkan sos prego hmm agak2la bergantung pada banyak mana korang masukkan daging cincang korang. jangan terlampau banyak sangat jangan terlmapau sikit sangat agak2 ok :3.
4. Jangan lupa masukkan garam dan blackpepper sampailah secukup rasa. Ingat! kalau korang buat banyak inti daging tu bubuh banyak sikit garam kalau tak nanti tak rasa :3
5. Masukkan cendawan butang. Hah cendawan butang tu potong dadu :D and suka hati koranglah nak masuk banyak mana.
6. masaklah lebih kurang dalam 15-20 mins. Kalau korang nak letak apa - apa yang korang suka letak leeee...... dah itu citarasa korangkan :3
  • White sauce :
1. Cairkan satu sudu setengah butter kemudian masukkan tiga sudu tepung kacaulah dalam lebih kurang 2 minit macam tu.
2. Kemudian masukkan susu full cream. Kacaukannya sehingga jadi pekat dan smooth macam gitulah.
3. Next , masukkan setengah sudu garam jangan sikit sangat garam nanti tak rasa.And then , masukkan mozarella cheese and cheddar cheese kacaulah sampai jadi pekat , lekat ,and baunya naik huhu.. i can feel it yummy sedapnya!! Tapi kalau korang nak masukkan cheese dia lebih lagi bagus ^^ tapi jangan lebih sangat kang jadi apa pulak. I think 7 keping cheddar cheese tu cukuplah untuk 500ml susu. Kalau nak tmbah lagi cheese Aqis sarankan tambah mozarella cheese ok ^^.
  • Kulit lasagna :
1. Ambil periuk isikan air alah tak payah banyak sangat air tu biasa2 je. Sebab kita nak rendamkan kulit lasagna . Rendamkan kulit lasagna selama 2 minit macam tulah. Jangan terlalu lama sangat kang lembut sangat terkoyak2 lah pulak kulit lasagna tu nanti.
2. Dah dua minit?! hah cepat - cepat angkat and toskannya.. Jangan rendam lama2 tau nanti terkoyak2 kulitnya .. ada faham?! alright macam tulah syg~~ ( aipp )
  • Lasagna time!!
1. Ok now nak buat lasagna pulak ! Caranya letakkan kulit dulu kat dalam bekas lasagna. Lepas tu letakkan cheese dulu! Sebab....... lebih senang letak cheese(white sauce) dulu berbnding inti daging sebab kalau letak inti daging dulu nanti time nak letak cheese atas inti daging agak merumitkan dan susah :3 (percayalah~~ aik menyanyi lgu siti nurhaliza pulak doh)
2. Kalau boleh letak cheese tu banyak2lah.. baru lah sodap . Pastu barulah letak inti daging ^^. pastu kalau korang nak letak cheese mozarella lps inti daging tu pun boleh jgk confirm brtmbh sedap hahaha for me lah sebab Aqis ni memang gileeeeeeeeeerrrrrrrr ngn cheese ni huhu.
3. Lepas dah lteak inti daging tu letak lagi kulit lasagna and ulangi cara pertama tadi sampailah penuh bekas lasagna tu..
4. Ok nak buat top dia pulak.. Aqis tak letak inti daging kat top dia sebab before this aqis pernah buat top dia letak inti daging and cheese tu semuanyalah aqis letak lepas dah siap (bunyi loceng oven) aqis tgk2 je habis inti daging tu hangus -_-... mungkin Aqis letak inti daging tu agak nipis... So kali ni Aqis tak letak langsung inti daging and hasilnya sangat sedap and sgt memusakan .
5. Aqis letak white sauce , cheddar/pizza topping , mozarella cheese , oregano. Ok campakkannya.. tepek2kannya ok dah siap yahoo!! apa lagi kita masukkan dalam oven dalam suhu 180 darjah celcius 25-30 minit.
Huhuhu... itu jelah yang Aqis nak share kat korang hari ni.. memang puas hati ^^ Kawan2 Aqis puji Aqis :') huhahihuha (kembang satu lori) depa khabaq Aqis punya lasagna sodap.. bau mcam pizza (sebab mungkin byk sgt cheese mozarella) hehehey.. and apa yg membuatkan Aqis lagi puas hati adalah ini semua hasil duit Aqis sendiri (actly duit BR1M >:D) hahahaha Aqis tak mintak sesen pun kt mak nk buat lasagna ni ^^ and smua ni hasil titik peluh Aqis sndiri.. And my beloved sister (kak ngah) pun ada tolong Aqis jugak.. :D so Good luck nya smoga korang suka resepi Aqis ni ^^... k bye anyeong!!

Kamsahamnida ^o^

0 Comment(s)❤

Catat Ulasan



Yeah!! Dah habis, Thanks For Reading!!

>PAST POST | NEXT POST