❤Little Nunna❤

Anyeonng! Aqish here!


Hello guys! moshi moshi ^^ I hope You will enjoy with my blog! There're many tips, information, and also my story. Don't forget to comment and give your respond about my blog.

Diary Owner Entry Tutorial

My Shortest Diary!!!!

Disebabkan SEM1 ni aku main2 , jawab ikut logik akal je so aku akan pegang kata2 aku ni aku akan belajar betul2 mulai sekarang!!
-21 Jan 2016-

Shout Here ◕‿◕


My Wishlist ❤

Iphone
Holiday in Korea
Got pointer 3.5 and above
Cute Blog
MR RIGHT :3
Pinky Bedroom
Kaya

Follow Me!! ❤




❤❤❤

Tips : Study Last Minute

Assalammualaikum!
Anyeong!
 
Hah!! jawab salam tu dulu (waalaikummussalam) ok memandangkan Aqis selalu study last minute, dan ianya berhasil :3 (cewahhh) Aqis nak share sikitlah macam mana nak study last minute. Aqis share benda ni bukan suruh korang study last minute ok , itu tidak sama sekali. Walaupun Aqis selalu study last minute tapi.... Aqis mohon sangat2 kat korang tolonglah..tolonglah janganlah study last last minute. Ianya sangat menyeksakan T^T trust me. Tanpa berlengah lagi.... tadaaaaaaa!!
-_-'l'l
 
  • Fokus!
Memandangkan kita dah study last minute so kita tak boleh lalai dan leka lagi. Bila time korang nak study tu pastikan! INI WAJIB!! Pastikan handphone tiada bersama anda! Atau pun benda2 yang boleh menganggu anda ketika belajar contohnya, radio,tv atau pun sewaktu dengannya. Cuba korang bayangkan, dahlah korang study last last minute time tulah korang betul-betul dah tak dek masa lagi. Korang dah kesuntukan masa , so tolong hargai masa yang korang ada tu. Bila tak fokus ianya merugikan diri anda sendiri maksudnya korang berjam2 dalam bilik baca buku tapi dalam masa yang sama kejap-kejap korang on handphone check notification, check wassap, check insta or everythinglah so benda tu boleh melalaikan korang dan korang akan lupa apa yang korang dah study tadi. Lepas tu bila dapat result teruk cakap...
 
" Aku dah study dah sampai berjam-jam tak keluar bilik tapi tetap sama , tetap b*d*h macam dulu, buang masa je aku study "
 
Padahal salah diri anda sendiri.. so renung2kanlah ok :3

  • Dapatkan soalan spot/bocor
Yup Aqis tahu cara ni memang tak bagus sebenarnya tapi memandangkan korang betul-betul dah kesuntukan masa nak tak nak korang terpaksa dapatkan soalan spot i means tanyalah cikgu or kekawan ujian nanti keluar bab berapa?! tajuk apa?! Dengan cara ni dapatlah membantu korang supaya tak buang masa dengan membaca benda yang tak keluar kat ujian nanti. Bukan apa taku - takut kalau korang sibuk baca bab1 tiba2 bab2 lebih banyak keluar drpd bab1 nanti ada pulak menangis time exam nanti. :3
  • Berkorban apa sahaja
'' Berkorban apa sahaja'' it means cuba berkorban untuk masa satu hari sahaja tak pegang handphone or apa2 yang boleh melalaikan korang. Sebabnya takut korang tak jadi nak belajar pulak . So cuba renungkan betul2 dalam masa sehari je tinggalkn benda2 yang kita suka dan boleh melalaikan kita atau time exam nanti korang langsung tak dapat jawab. So pilihlah yang mana satu korang nak?! Set mind je dalam otak satu hari je lepas exam barulah aku boleh bersuka ria hahahaha :3
  • Tengok contoh soalan
Hah benda ni pun insyallah boleh membantu korang jawab ujian dengan mudah. Bila korang dah last2 minute sangat mestilah korang tak sempatkan and takdek masakan nakbuat exercise, right!? So korang trylah bukak buku latihan and cuba tengok soalan2nya (terutamanya soalan paper2). Lepas tu cuba tengok jawapannya apa , supaya nanti korang reti nak jawab macam mana and korang akan faham apa yang soalan tu nak. Sebabnya kawan2 Aqis ramai tanya Aqis macam mana kau boleh ada idea nak jawa. Padahal aku pun jawab jugak tapi salah. Hal ini disebabkan diaorg tak faham apa yang soalan tu nak. Lagi satu kalau korang dah biasa tengok contoh2 soalan korang akan rasa bersiap sedia and tahu apa yang patut korang baca . I means korang takkan sibuk membaca atau fokus kat tajuk yang kurang ditanya dalam exam. Contohnya:

Korang sibuk baca/fokus nama-nama menteri . Padahal nama-nama menteri tu kurang ditanya dalam soalan esei. Yang selalu ditanya ialah macam mana cara pentadbirannya bukanlah nama2 menteri tu. Hal ini akan membuatkan korang menangis time waktu exam :3

  • Tawakal
Selepas kita dah berusaha jangan lupa tawakal / berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan untuk menjawab exam. Insyallah segala urusan akan menjadi mudah. Ingat! Senjata umat islam ialah DOA. Jadi kita hendaklah selalu berdoa.
 
Ok lah sampai sini jelah yang Aqis dapat kongsikan macam mana nak study time last2 minute. Ini menurut pandangan Aqislah , kalau korang nak share apa-apa information lagi bolehlah komen di bawah ni yaa ^^. I hope sedikit sebanyak dapat mebantu korang semua. Assalammualaikum! Anyeong!

0 Comment(s)❤

Catat Ulasan



Yeah!! Dah habis, Thanks For Reading!!

>PAST POST | NEXT POST